Rabu, 23 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW Di Kamsis PPD 2011


Alhamdulillah pada baru-baru ini kita telah sama-sama menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW..
Bersyukur kepada Allah kerana Allah telah menyempurnakan sambutan hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad SAW pada sabtu yang lepas di Politeknik PPD
bertarikh 19.2.2011 yang mana semua pelajar muslim kamsis telah terlibat dalam perarakan.. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kita nikmat iman dan islam..Syukur lagi kepada Allah..kerana pengasihnya Allah SWT..Allah SWT telah bagi saya dan tuan-tuan menjadi umat nabi Muhammad SAW...syukur kepada Allah SWT kerana asbab nabi Muhammad SAW, kita umatnya akan mendapat syafaat dari nabi sendiri..beruntunglah kita kalau hendak dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.. 






Masa nie..kami semua berkumpul  terlebih dahulu..untuk memastikan semua menyertai perarakan ini...kemuadian barulah bergerak....muslimat turut menyertai perarakan pada hari tersebut...tapi xder gambar larr... ^_^





Muhaimin , Zulkarnain , Ridwan , Hadi
 

Sempat lagi begambar semasa menunggu nak berarak..hehe..Bersyukur lar..hari tersebut tidak hujan..dan tidak terlalu panas...semuanya berjalan dengan lancar..Alhamdulillah.. ^_^






Bermula lah berarak..Tengok lar..budak-budak ni..kat depan skali..hihihi..baju matching plak tu masing-masing..diaorang nie semuanya anak-anak warden dan anak-anak staf kat kamsis PPD ... 



                                 Ya Rasulullah..kami mencintaimu..




 Aktiviti selepas berarak, forum yang telah diadakan Pusat Islam PPD...seramai 3 orang ahli panel..memang bes tajuk-tajuk yang di bincangkan...




Kemeriahan sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut gembira oleh pelajar kamsis yang hadir..para warden juga turut hadir pada hari tersebut..



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
                                                                                Kami sambung perjuanganmu
     Walau kita tak pernah bersua
     Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela













Selepas solat zohor berjemaah barulah makan tengahari.. ^_^


          
Pada hari tersebut terdapat juga khemah jualan dari JPK seperti baju-baju kamsis pada sem-sem lepas dan juga buku-buku..


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan
2011 berakhir
Alhamdulillah



                                          






Tiada ulasan:

Powered By Blogger