Ahad, 30 Disember 2012

Khamis, 27 Disember 2012

Pray for Palestine






Istiqamahkah aku ???

Assalamualaikum..

Banyak syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah telah bagi kita pelbagai nikmat sepanjang hidup kita pada hari ini..

Apa yang saya nak kongsikan ialah soal istiqamah dalam ibadat. Bagi saya sendiri, pekara ini bukanlah pekara yang senang bagi diri saya sendri kerana untuk istiqamah dalam suatu amalam walaupun sedikit.
Untuk melakukan amalan yang istiqamah perlukan iman yang kuat dan sentiasa berharap kepada Allah supaya dapat kekalkan kita semua dalam ibadat.

Pekara istiqamah ini yang saya setiap hari cuba kekalkan dalam kehidupan tetapi kadang kala masih tidak dapat mengekalkan ibadah-ibadah secara istiqamah. Saya mengharapkan hamba-hamba Allah yang membaca tulisan saya ini dapat turut mendoakn saya supaya sentiasa mendapat kekal dalam melakukan ibadah kepada Allah secara istiqamah.

Mungkin kawan-kawan saya yang membaca tulisan ini dapat berkongsi ilmu atau pandangan bagaimana untuk mengekalkan amalan ibadah secara istiqamah??

(ya Allah !! kuatkan diri ku ini supaya sentiasa istiqamah dalam ibadah..)

saya juga ada membaca ssepotong hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w..

Daripada Syufyan Ibn Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)." 
(Hadis Riwayat Muslim)



hemm...kawan-kawan..dapatkah anda menjaga amalan istiqamah???

mari bersama kita renungi...

Assalamualaikum
Powered By Blogger