Rabu, 13 Julai 2011

ILMU DAN ZIKIR

DARI ABDULLAH RA. BERKATA BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA :


 PELAJARILAH QURAN DAN AJARKANLAH KEPADA ORANG LAIN, DAN BELAJARLAH ILMU DAN AJARKANLAH KEPADA ORANG LAIN, DAN PELAJARILAH HUKUM-HUKUM YANG FARDHU DAN AJARKANLAH KEPADA ORANG LAIN, KERANA SESUNGGUHNYA AKU AKAN DIANGKAT DARIPADA DUNIA INI DAN ILMU JUGA KELAK ANGKAT DIANGKAT DARIPADA DUNIA INI SEHINGGA DUA ORANG AKAN BERTELAGAH DI DALAM MENENTUKAN SESUATU HUKUM ( DISEBABKAN KERANA KURANGNYA ILMU ) SEHINGGA TIDAK ADA SESEORANG PUN DIANTARANYA YANG DAPAT MENERANGKAN HUKUM-HUKUM YANG FARDHU DENGAN BETUL. (HR BAIHAQI)


Antara doa yang boleh dibaca untuk menuntut ilmu.....
DOA PENERANG HATI



 "Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku" 
   

Khamis, 28 April 2011

Rakan Usaha PPD™ 2011


Video ni bermakna buat aku...sebabnya..sem ni aku kt PPD banyak kenangan-kenangan yang Besh dengan kawan-kawanku...gambar-gambar yang ada..di upgrade kan la..jadi video...

                   


Dalam semua gambar-gambar tu..semuanya kawan-kawan ku..yang sama-sama  belajar-belajar buat usaha agama..Allhamdulillah..kawan-kawan yang baik..apabila kita lihat dia..kita akan ingat mati..dan kita ingat Allah...insayaAllah..

Kejayaan hanya dalam agama...setiap manusia yang ambil agama dalam kehidupan..akan berjaya disisi Allah..

Kawan-kawan ku sekalian...setiap yang gembira..pasti ada duka..

setiap yang sedih..pasti ada gembira...

tapi...

bila kita cinta Allah...dan rasul...KITA TIDAK AKAN SESEKALI  SEDIH DAN KECEWA!!

insyaAllah...

Ahad, 3 April 2011

Rindu


Sebaik-baik rindu adalah rindu kepada cinta Allah...rindunya cinta kepada Allah swt...rindunya kepada cinta Rasulullah saw...
Rindu kepada belaian kasih ibu dan abah....
Rindu kepada Pendidik-pendidik diri ini............

Wahai Allah...pelihara lah diri ku...daripada merindui yang bukan halal buatku...Aminnn...


Sembahyang Berjemaah

1.
Dari Abu Hurairah Ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dosa-dosa seorang muazzin akan diampuni sejauh mana kedengaran suara azannya.(maksud kalaulah       
dosa-dosanya memenuhi seluruh tempat sejauh mana kedengaran suara azannya itu pun akan diampunkan oleh Allah SWT) setiap sesuatu yang hidup atau tidak bernyawa akan mendengar suara muazzin akan menjadi saksi pada hari Kiamat. Akan dituliskan bagi setiap orang bersembahyang kerana azannya itu dua puluh lima kali ganda sembahyang dan diampuni dosa-dosanya dari suatu waktu sembahyang dengan
sembahyang yang lain.(HR. Abu Daud)

Keterangan: Sebahagian ulama berpendapat bahawa dua puluh lima ganjarab sembahyang muazzin dan    
diampuni dosa-dosanya dari azan yang lalu hingga keazan yang akan datang.(Badhal Majhud)





2.
 Dari Jabir ra berkata : Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya syaitan apabila
 mendengar azan, akan pergi jauh sehingga sampai ke suatu tempat bernama Rauha'. Hadzrat Sulaiman
 Rahmatullah alaih berkata : Aku bertanya kepada Jabir ra mengenai Rauha'. Beliau menjawab : ia adalah
 satu tempat yang jauhnya tiga puluh enam batu daripada Madinah. (HR Muslim)


3.
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Apabila azan dilaungkan untuk bersembahyang syaitan akan lari kebelakang dalam keadaan terkentut-kentut supaya tidak
mendengar suara azan. Kemudian apabila azan selesai dia akan datang semula. Begitu juga apabila Iqamat dilaungkan dia akan lari kebelakang dan apabila Iqamat selesai dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was di dalam hati orang yang bersembahyang. Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengigat
berapa bilangan rakaat yang telah berlalu. (HR Muslim)


4.
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau manusia mengetahui apa
ganjaran azan dan berada di saf pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan di saf   
yang pertama kecuali dengan cara mengundi,nescaya mereka berundi. (HR. Bukhari)


5.
Dari Abu Hurairah ra berkata : Barang siapa berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid semata-mata untuk bersembahyang, selagi dia kekal dengan niatnya dia akan terus mendapat pahala
sembahyang, dituliskan baginya langkah yang pertama dengan kebaikan dan langkah yang kedua di gugurkan satu dosanya. Janganlah kamu berlari-lari apabila kamu mendengar Iqamat. Lebih jauh rumah
kamu daripada masjid lebih banyak kamu mendapat ganjaran. Anak-anak murid Abu Hurairah ra
berkata : Kenapa mendapat ganjaran yang banyak (daripada rumah yang jauh) wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab : Disebabkan banyaknya langkah-langkah kamu. (HR Imam Malik)


InsyaAllah..semoga Allah swt memberi kita kekuatan untuk kita solat berjemaah..

apa yang saya tulisakan ini adalah sebahagian hadis yang dipetik daripada kitab muntakab ahadith..

 wasalam...

Ahad, 27 Mac 2011

Kepentingan Sunnah Rasulullah SAW

                                       Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

InsyaAllah saya dan semua dapat amal sunnah... ^_^

sumber daripada:-
http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/pentingnya-sunnah-rasulullah-saw.html

Hari-hariku hanya carita tentang Allah swt...

                                         Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Allah swt..sangat pengasih dan penyanyang kepada makhluk-makhluknya..
syukur kepada Allah swt kerana telah memberi saya dan umat islam nikmat iman dan islam..banyak-banyak syukur kepada Allah swt lagi...kita luang masa dan menebalkan muka kita..cakap kebesaran Allah swt dihadapan saudara-saudara kita..banyak-banyak kita syukur kepada Allah swt lagi..kita sama-sama bahagi masa untuk buat kerja nabi saw..yang mana kita sama-sama luang masa jumpa saudara-saudara kita..pergi bilik ke bilik..rumah ke rumah..lorong ke lorong...pintu ke pintu...atas maksud..mengajak manusia ingat Allah...atas maksud mengajak manusia kenal zat-zat Allah swt...

firman Allah swt..

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!  (fussilat: 33)
                                                               
kita haruslah sama-sama manfaatkan nikmat mulut yang Allah swt berikan dengan banyakkan cakap tentang kebesaran Allah swt...hari ini..berapa banyak masa kita telah kita luangkan untuk cakapkan kebesaran Allah dihadapan saudara-saudara kita..? hari ini..berapa banyakkah kita jumpa saudara-saudara kita untuk ajak mereka bersama-sama kenal tentang kerja yang mulia iaitu mengajak manusia kepada Allah...? lemahnya saya tuan-tuan..saya masih belajar-belajar untuk cakap kebesaran Allah swt..


kita sama-sama haruslah mengorbankan masa dan kesenangan kita untuk bermujahadah untuk cakap tentang Allah swt...hari ini..banyak manakah fikir risau kita terhadap umat..?? banyak manakah fikir risau kita apabila ibu bapa kita..adik beradik kita dapat solat 5 waktu sehari semalam....dapat tutup aurat dengan sempurna..dapat menghidupkan 5 amalan masjid..banyak manakah fikir risau kita semua?? saya menulis, kerana saya ingin mengingatkan diri saya sendiri terutamanya..

untuk cakap kebesaran Allah..perlukan pengorbanan masa dan tenaga...sanggupkah kita sama-sama mengorbankan masa untuk cakap tentang Allah?? banyak masa kita hari ini untuk cakap tentang dunia..dunia yang sementara...apabila kehebatan dunia lebih di kejar,maka secara langsung..kehebatan agama akan tenggelam...maka hati-hati manusia..sudah tiada kehebatan Allah swt..dan timbullah berhala-berhala yang lain dihati-dihati manusia..kenapa saya berkata demikian,kerana..sudah tiada kehebatan Allah yang esa didalam hati-hati manusia..maka..kehebatan-kehebatan harta benda..pekara-pekara dunia..sudah menebal di dalam hati-hati manusia..sama lah juga seperti kaum-kaum yang terdahulu...

firman Allah swt..

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” Surah Al-An’am ayat 74-80

Firman Allah samalah juga kita dengan kaum-kaum yang terdahulu..jika kita mengagungkan dunia sehingga kehebatan Allah swt telah tenggelam..maka di dalam hati kita juga mempunyai berhala-berhala yang selain daripada Allah swt...nauzubillah!!


dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu menghayati ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah.Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai”
 surah al-A’raf:179.


sebab itu hari-hari kita mau cakap tentang Allah swt..hari-hari mau dakwah saudara-saudara kita..sahabat-sahabat kita...jiran-jiran kita..cakap kepada mereka tentang kehebatan Allah swt...Allah maha berkuasa..makhluk langsung tak ada kuasa...yang memberi rezki,Allah..bukannya bos..yang memberi pandai dan rajin,Allah..bukannya cikgu..pekara ini lah yang kita hendak usahakan cakap lagi dan lagi..sehingga kita tiada lagi..

InsyaAllah..saya yang lemah ini lagi masih belajar menulis dapat amalkan..tuan-tuan pun dapat amal dan sampai-sampaikan...

Wasalam...

Selasa, 8 Mac 2011

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan

umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan

bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui  wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"



1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).



2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bersangka Baik Terhadap Manusia



بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: 

Janganlah kamu bersangka-sangka dengan sangkaan yang buruk, 

janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu 

memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian 

kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, 

jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara

                                                            
                                                                ( Riwayat Muttafaqun Alaih )


Manusia hari ini suka bersangka-sangka


ada yang bersangka buruk
ada yang bersangka baik


kita beribadah, disangka riak
kalau duk relax, disangka malas 


kalau lepas makan, sisip jari disangka tak makan 3 hari
kalau makan sikit disangka nak "saving" la tuu..


kalau bermuzakarah disangka mengumpat
kalau duduk diam disangka sombong...erkk



orang baik, disangka buruk
orang jahat, disangka baik..adoy..


kalau senyum disangka mengejek
kalau masam disangka merajuk...


mana lah tahu..orang yang diam itu berzikir...
mana lah tahu..orang yang senyum itu..bersedekah
mana lah tahu..orang yang masam itu terkenangkan dosa..


Sama-samalah kita perbaiki diri sendiri..
saya cakap untuk diri saya..iman saya yang lemah ini..


Assalamualaikum..
Senyum itu sedekah kann...^_^



Kawan Diakhir Zaman Ini


بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah 
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.








Isnin, 7 Mac 2011

Beruntunglah Kita...Syukur ^_^




بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم



Bersyukurlah kita dapat merasa nikamat iman dan islam
Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama para sahabat baginda, lalu baginda bertanya kepada sahabatnya"Wahai sahabatku, siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a'jabul khalqi imanan)?" 
Demikian pertanyaan Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya di suatu pagi. 
(tau x riwayat ape??klu tau tlg beritau..)

Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!" 

Rasulullah s.a.w menjawab, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?" 
Sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling menakjubkan!" 

"Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka," sahut Baginda. 

Untuk ketiga kalinya, sahabat cuba memberikan jawaban, "Kalau begitu,sahabat-sahabatmu ya Rasulullah." 

Rasulullah s.a.w pun menolak jawapan itu dengan berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan." 

Rasul yang mulia meneruskan kalimahnya, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datang sesudah kamu. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka menemukan tulisan dan beriman kepadaku.
Mereka mengamalkan apa yang ada di dalam tulisan itu. Mereka membela aku seperti kalian membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan ikhwanku itu!" 

Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam menghiburkan kita, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku." - Nabi mengucapkan kalimah ini satu kali. 

"Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." - Nabi mengucapkan kalimah terakhir ini sebanyak tujuh kali. 

Alangkah beruntungnya kita jika beriman dan beramal dgn risalah yg dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam.

Gambaran Keadaan Di Padang Masyar

بِسْــــــــــــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga,
    seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut   
    nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" 
    Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang
    Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
    Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
    seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang 
    rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang
    belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana
    pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka
    hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
    binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak
    amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
    Ketika itu,ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
    mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal
    dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih
    kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya
   yang menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
    matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
    keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi
    kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.  
    Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
    sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air
      yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat
      yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
      tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari
      susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
      dari Arasy. Mereka ialah:

       1. Pemimpin yang adil.

      2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

      3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

      4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

      5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

      6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

      7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa 
      melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
      Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa  
     dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada   
     melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh
     a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam
     a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain
     adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa
      baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana
      mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
      malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara
      yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang
      tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
      seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
      dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat
      besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
      ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu
      berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
      silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
      malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur  
      bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali
      dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan 
      darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu
      diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri
      jika orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
      besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
      pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut
      masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
      ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
      dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-
      masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
      menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

      a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
      b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
      c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada
      para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan
      70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul
      Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
      sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan
     dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000
      tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
      menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api
      neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang
      meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-

Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Rabu, 23 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW Di Kamsis PPD 2011


Alhamdulillah pada baru-baru ini kita telah sama-sama menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW..
Bersyukur kepada Allah kerana Allah telah menyempurnakan sambutan hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad SAW pada sabtu yang lepas di Politeknik PPD
bertarikh 19.2.2011 yang mana semua pelajar muslim kamsis telah terlibat dalam perarakan.. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kita nikmat iman dan islam..Syukur lagi kepada Allah..kerana pengasihnya Allah SWT..Allah SWT telah bagi saya dan tuan-tuan menjadi umat nabi Muhammad SAW...syukur kepada Allah SWT kerana asbab nabi Muhammad SAW, kita umatnya akan mendapat syafaat dari nabi sendiri..beruntunglah kita kalau hendak dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.. 






Masa nie..kami semua berkumpul  terlebih dahulu..untuk memastikan semua menyertai perarakan ini...kemuadian barulah bergerak....muslimat turut menyertai perarakan pada hari tersebut...tapi xder gambar larr... ^_^





Muhaimin , Zulkarnain , Ridwan , Hadi
 

Sempat lagi begambar semasa menunggu nak berarak..hehe..Bersyukur lar..hari tersebut tidak hujan..dan tidak terlalu panas...semuanya berjalan dengan lancar..Alhamdulillah.. ^_^






Bermula lah berarak..Tengok lar..budak-budak ni..kat depan skali..hihihi..baju matching plak tu masing-masing..diaorang nie semuanya anak-anak warden dan anak-anak staf kat kamsis PPD ... 



                                 Ya Rasulullah..kami mencintaimu..




 Aktiviti selepas berarak, forum yang telah diadakan Pusat Islam PPD...seramai 3 orang ahli panel..memang bes tajuk-tajuk yang di bincangkan...




Kemeriahan sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut gembira oleh pelajar kamsis yang hadir..para warden juga turut hadir pada hari tersebut..



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
                                                                                Kami sambung perjuanganmu
     Walau kita tak pernah bersua
     Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela













Selepas solat zohor berjemaah barulah makan tengahari.. ^_^


          
Pada hari tersebut terdapat juga khemah jualan dari JPK seperti baju-baju kamsis pada sem-sem lepas dan juga buku-buku..


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan
2011 berakhir
Alhamdulillah



                                          






Powered By Blogger