Ahad, 30 Disember 2012

Khamis, 27 Disember 2012

Pray for Palestine






Istiqamahkah aku ???

Assalamualaikum..

Banyak syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah telah bagi kita pelbagai nikmat sepanjang hidup kita pada hari ini..

Apa yang saya nak kongsikan ialah soal istiqamah dalam ibadat. Bagi saya sendiri, pekara ini bukanlah pekara yang senang bagi diri saya sendri kerana untuk istiqamah dalam suatu amalam walaupun sedikit.
Untuk melakukan amalan yang istiqamah perlukan iman yang kuat dan sentiasa berharap kepada Allah supaya dapat kekalkan kita semua dalam ibadat.

Pekara istiqamah ini yang saya setiap hari cuba kekalkan dalam kehidupan tetapi kadang kala masih tidak dapat mengekalkan ibadah-ibadah secara istiqamah. Saya mengharapkan hamba-hamba Allah yang membaca tulisan saya ini dapat turut mendoakn saya supaya sentiasa mendapat kekal dalam melakukan ibadah kepada Allah secara istiqamah.

Mungkin kawan-kawan saya yang membaca tulisan ini dapat berkongsi ilmu atau pandangan bagaimana untuk mengekalkan amalan ibadah secara istiqamah??

(ya Allah !! kuatkan diri ku ini supaya sentiasa istiqamah dalam ibadah..)

saya juga ada membaca ssepotong hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w..

Daripada Syufyan Ibn Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)." 
(Hadis Riwayat Muslim)



hemm...kawan-kawan..dapatkah anda menjaga amalan istiqamah???

mari bersama kita renungi...

Assalamualaikum

Selasa, 2 Oktober 2012

Jom share pahala

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

【ツ】 Selepas itu dia berkata,'' لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ''.

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Alhamdulillah ツ .. share lah, untuk pahala. :D

Khamis, 27 September 2012

Doa solat sunat dhuha




Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


semoga kita dapat amal dan sampai-sampaikan...insyaAllah.

Khamis, 13 September 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat dengan Allah swt..kerana masih bagi lagi aku hidup di muka bumi yang Allah ciptakan ini...Bersyukur lagi..Allah pilih untuk aku bernama Muhaimin ini..merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam..

Hari ini masih kekal hidup di alam yang sementara ini...sampai bila??
muhaimin pon tak tahu...sampai bila umur ini Allah bagi pinjam..mudah-mudahan Allah perkenankan doa hambaMu ini..

Macam mana lah keadaan muhaimin bila dah tiada di muka alam ini??
bergantungla pada amal masing-masing..

Kita tidak tahu samaada..amalan kita diterima ataupun tidak...Bagi aku, amalan yang sedikit lebih bermakna jika dilakukan secara istiqamah..semoga Muhaimin dan kawan-kawan yang baca coretan ini..terhindar daripada sifat riya'..

Dalam setiap hari yang muhaimin lalui..bukanlah mudah untuk menjadi hamba Allah yang tetap patuh dan taat perintah Allah..kadang-kadang..diri muhaimin,leka dengan dunia...sedih-sedih..."nak jadi apa la aku ni kan.."

Yang penting...jangan putus asa dari harapkan rahmat dari Allah swt...Allah swt tak suka pada hambanya, yang putus asa dari mengharapkan rahmat dariNya...

sampai ini jelah coretan kali nie..nanti sambung lagii :)

"wahai hati..bersyukurlah..." ^_^


Selasa, 22 Mei 2012

Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama Allah S.W.T


                                   Kenangan semasa perjalanan ke Marudi menaiki bot...ini En Muslim...
pensyarah di sebuah politeknik...

Segala kenangan semasa di Miri Serawak memang saya tak dapat lupakan...susah payah dalam jemaah mengharungi cabaran sabar dan taat.

Memang 40 hari je...Tapi mencabar dari segi belajar-belajar untuk taat perintah Allah s.w.t dan taat Amir Sabb...

Teringat masa keluar dulu...tak de makanan yang cukup untuk masak..sebab bahan mentah susah nak dapat yang segar masa berada dalam satu perkampungan tu...dan saya kena la cari pucuk paku...dan malam kena mengail udang galah...fuh...biasanya kita pergi je kedai...order kemain.

Tapi, inilah kenangan yang sampai sekarang pon ingat....

Susah payah untuk agama...Allah s.w.t akan bukakkan sikit demi sedikit kefahaman agama...dan Ilmu yang Allah s.w.t bagi...tak percaya???

kena rasa sendiri....then, boleh cerita....camne? ada bran ? hehehe...

Sampaikan walaupun hanya satu ayat


Khamis, 10 Mei 2012

Hamba Allah



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...banyak bersyukur dengan Allah s.w.t....kerana Allah s.w.t..masih bagi saya peluang untuk merasai nikmat kehidupan...menghirup udara Allah...merasai nikmat-nikmat yang Allah s.w.t berikan....

Banyak nikmat-nikmat yang Allah s.w.t telah berikan kepada saya....tapi....adakah saya sendiri dapat mentaati semua perintah Allah s.w.t dan meninggalkan semua larangannya....bila mengenakkan diri ini...terlalu banyak dosa yang telah dilakukan...bagaimanalah kehidupan saya sendiri di alam mahsyar dan seterus-seterusnya....
Ya Allah....
berat rasa hati ini...kerana kesemua nikmat-nikmat yang Allah s.w.t berikan...saya tidak mampu untuk menjadi seorang islam..yang imannya..minimum....

APA ITU IMAN MINIMUM??

ulamak berkata...iman minimum itu...kita dapat taat semua perintah Allah s.w.t..dan jauhi larangan Allah s.w.t...
andai saya sendiri...dapat buat perintah Allah dan jauhi larangannya...barulah..dapat merasai iman minimum....
alangkah ruginya diri saya sendiri...hidup ini banyak dipenuhi dengan dosa-dosa...

SAYA TAKUT UNTUK BERTEMU ALLAH !!!!

wahai Allah!!
aku takut.....untuk bertemu denganMu...banyak dosa-dosa ku wahai Allah....

HATI INI...banyak mengingati selain daripadaMU ya Allah....
PIKIRAN INI...banyak yang aku pikirkan selain daripada kehebatan...dan kebesaranMu...
BADAN INI...terlalu banyak melakukan maksiat...ya Allah....ampuni aku....

Ya Allah....adakah aku akan diselamatkan daripada azab kubur...kesempitan di hari akhirat....
semua ini...menjadi rahsia untuk semua hambaMu.....
di manakah tempat aku disisiMu.....

TIDAK TENANG HATI INI....

bila mengenangkan...setiap saat aku lalui hanya melakukan dosa-dosa....dan amalan-amalan kebaikan...tidak dapat melakukannya secara istiqamah...bila buat kebaikan...susah diri ini untuk ISTIQAMAH....

saya ada terbaca sebuah hadis....mengenai istiqamah....

” Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya.” (HR. Bukhari)
Allah menganugerahi para auliya’ kekuatan yang manusia lain tidak mampu melakukannya, dan karamah yang terbaik adalah kesuksesan yang terus menerus. Bagi manusia biasa adalah dengan menjaga kesinambungan perilaku-perilaku yang baik, pada cara atau arah yang benar. Misalnya : tidak baik bila shalat 100 rakaat pada hari ini, 2 rakaat esok hari, kemudian tidak shalat sama sekali pada lusanya, lalu 50 rakaat pada hari selanjutnya. Yang terbaik adalah ibadah secara berkesinambungan. Jika sekarang shalat 5 kali sehari, lanjutkan terus dengan shalat 5 kali sehari. Jangan melakukan terlalu banyak pada suatu hari untuk kemudian berhenti selama sebulan. Sabda Nabi, “Jika kalian meraih istiqomah/konsistensi, itulah sebuah karamah, kekuatan yang Allah anugerahkan dalam hati kalian.” 

apa yang saya harapkan...
sesiapa yang terbaca coretan ini...
saya pohon doa dari kalian...supaya Allah s.w.t..selamatkan iman saya..dan terima amalan saya...

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)

Rakan-rakan ku sekalian...

“Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik)





Selasa, 8 Mei 2012

Bersama Amin Idris


Saya suka melihat beliau mengacarakan program-program yang bersiaran di saluran Tv al-hijrah...
anda macam mana???

Rancangan Bicara...selalu tengok tak..??





Alhamdulillah....^^

Ustaz Fakhrul Radhi (UNIC)


Bersama Ustaz Fakhrul Radhi... ^^v

 

Rabu, 25 April 2012

Sahabat yang baik


Sahabat yang baik...

akan ajak kita buat baik jer.... yeke cmtu???

memang..salah satu nya.. dia akan ajak kita untuk membuat kebaikan...
dan sahabat yang baik...selalu membimbing kita kearah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...

sahabat yang baik...akan menunjukkan akhlak yang baik...
mengeluarkan hanya ungkapan-ungkapan yang baik-baik....
sahabat yang baik..tidak bersangka buruk terhadap diri kita..dan dengan orang yg kita rapat...

paling penting...sahabat yang baik...bila kita tengok dye...kita ingat Allah...
susah nye nak jdi mcm tu...tapi saya usahakan macam mana nak jadi sampai tahap macam tu...

sahabat yang baik..akan memberi semangat kepada kita ketika kita dalam kesusahan..dan dia tidak lokek ilmu dengan kita...

sahabat yang baik...
akan ajak kita dekatkan diri dengan Allah...
dan dia akan doakan kebahagian kita...dunia dan akhirat...
cari lah sahabat yang mendekatkan kita kepada Allah s.w.t...
insyaAllah...

Khamis, 19 April 2012

Aku Hambamu Yang Sentiasa Berdosa

Alhamdulillah...

Hari ini...aku ingat kepada mu ya Allah...belum tentu ya Allah, esok dan hari-hari seterusnya aku masih ingat pada mu ya Allah...kau kekalkan diri ini dalam mendapat taufik dan hidayahM

Syukur padaMu ya Allah...

kerana memberiku nikmat yang paling besar...IMAN & ISLAM...

memberiku merasai apa itu..USAHA ATAS IMAN & AMAL....
memberiku peluang..untuk..BELAJAR-BELAJAR AMAL SUNNAH..
kekalkan hidayah kepadaku...UNTUK SOLAT BERJEMAAH..

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu..
Tuntuniku menggapai redhaMu...
Rimbunan kasihMu ku berteduh...
KepadaMu ya Tuhan...
Berikan secebis keinsafan..
Bekalkan sepanjang perjalanan..
Mencari ketenangan...


ya Allah...besar pemberianMU ini ya Allah...

walaupun aku hambaMU yang sering melakukan dosa...

Ya Allah...

Kau Ampunilah dosa-dosa yg aku sengaja lakukan dan yang aku tak sengaja...
Kau kekalkan diri ini dalam mendapat taufiq dan hidayah dariMU..



  Amin Ya Rabb...
^^muhaimin mohd misman^^


Jumaat, 24 Februari 2012

Times to Check Qibla Direction using the Sun


One of the most accurate way to determine qibla direction is by looking at the direction of the sun (or looking at the sun’s shadow) when the sun is directly above the Ka’bah in Makkah, Saudi Arabia.



Kelebihan selawat


Dari umair Al-Ansari r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali Allah s.w.t akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)



Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa berselawat keatasku sekali Allah akan berselwat keatasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Masood r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR Tirmizi)

**********************************************************************************
Powered By Blogger