Khamis, 3 Januari 2019

Kisah Rakan Saya Berubah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..banyak syukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan pada kita..daripada kita celik mata..sampai kita nak tidur...berapa banyak nikmat yang Allah s.w.t telah bagi...betul?.

Hari ini...kenapa kita harus muhasabah diri saya dan kita semua??
Kerana...Allah s.w.t menciptakan manusia yang hidup adalah untuk mati...yang mana kita semua akan mati..sama ada lambat atau cepat je...betul?.

Satu pengalaman saya yang mana rakan saya pada mulanya jauh dengan solat dan ingin mentaati perintah Allah s.w.t. Dulunya dia hanya melihat saya ke surau berhampiran rumahnya. Setiap kali berada di rumahnya untuk luangkan masa, alhamdulillah saya dapat menunaikan solat jemaah di surau.

Setiap kali waktu azan, saya akan ke surau berhampiran rumahnya. Saya hanya mengajak tetapi saya tak pasti berapa kali. Dalam hati saya turut berdoa agar beliau kembali kepada Allah s.w.t. Masa ke masa saya tidak berputus asa mengajak di samping terus berdoa jika teringat kepada beliau.

Alhamdulillah, zat Allah s.w.t yang maha hebat..beliau kembali kepada fitrah..untuk menunaikan solat, kerana memikirkan soal faktor usia yang semakin berusia dan memikirkan sampai bila nak jadi penentang Allah s.w.t.

Sepanjang perkenalan saya dengan beliau, saya hanya membuat hubungan yang baik dengan beliau, dengan menunjukkan contoh yang baik. Dengan harapan, asbab saya menunjukkan akhlak yang baik, beliau tertarik hati untuk berubah.

Bukan saya yang mengubah beliau. Tetapi Allah s.w.t lah yang mengubah beliau asbab dari pengorbanan susah payah orang lain dan doa orang lain untuk beliau berubah. Saya hanya rakan beliau yang berpura-pura baik sahaja dan belajar-belajar jadi baik.

Jadi alhamdulillah, beliau telah pun dilantik menjadi ajk surau, asbab kesungguhan beliau untuk berubah dan komitmen beliau kerap bersama jemaah surau.

Jadi kesimpulan saya nak bagitau tuan-tuan sekelian, marilah sama-sama kita usaha kan hidayat untuk tersebar kepada manusia lain. Kita baiki akhlak kita, terutamanya saya dan baiki amal kita dengan harapan Allah s.w.t menggunakan kita sebagai asbab hidayat tersebar.

"ya Allah, kau gunakan lah diri aku ini sebagai asbab hidayat tersebar seluruh alam..aamiin".

Waallahua'lam.

                                                           cantik lak view ni...kan? kan?



Tiada ulasan:

Powered By Blogger