Jumaat, 17 Mei 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi peluang kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi apa yang saya mampu..

Peringatan untuk diri saya supaya terus kekal mengaharapkan pengampunan daripada Allah...
setiap hari diri ini tidak lepas dari melakukan dosa-dosa dan selalu lupa untuk terus istiqamah dalam menyukakan Allah s.w.t...

Diri ini selalu mengharapkan Allah s.w.t selalu pandang hamba mu yang penuh dosa ini dengan pandangan kasih sayang mu... (siapa-siapa yang baca coretan saya kali ini...doakan untuk saya ea )

Baru-baru nie... saya diuji dengan pelbagai dugaan... Hanya Allah yang memahami ..

Dalam masa diuji.. saya sendiri penuh dengan tanda tanya... BANYAK mana dosa dalam diri ini yang telah aku lakukan sehingga diuji dengan pelbagai dugaan... BETOL... kita diuji kerana sebagai tanda Allah s.w.t ingat pada hambanya..

Tetapi...diri ini harap Allah kifarahkan dosa-dosa dalam diri ini dengan apa yang telah diujinya..

saya sendiri telah membaca sepotong keindahan ayat al-quran ...

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az Zumar: 53)
bila saya baca je ayat nie... terus rasa lega..dan BERAZAM...untuk tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah s.w.t ... sampai sini saja ... (ckp byk2 pon xguna kalau saya tak amal =) )

wasalam.




Tiada ulasan:

Powered By Blogger