Dari umair Al-Ansari r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali Allah s.w.t akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)
Dari Abdullah bin Masood r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR Tirmizi)
**********************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan