Ahad, 13 Januari 2019

Perkara yang perlu dilakukan setelah mendapat anak.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini Allah s.w.t masih memberi peluang kepada saya untuk menulis beberapa coretan untuk anda semua.

Hari ini saya berpeluang berkunjung ke rumah adik ipar sempena majlis makan-makan.. Yelah..baru dapat anak baru.. Bertambah la anak sedara saya.. 😜🤣😬.

Antara perkara yang di galakkan setelah mendapat anak baru.

1. Bercukur rambut setelah 7 hari
2. Memberi nama
3. Melakukan aqiqah. 2 ekor lambing bagi anak lelaki dan seekor kmbing bagi anak perempuan.

Kalau kita dapat buat semua tu, Alhamdulillah.



Khamis, 3 Januari 2019

Kisah Rakan Saya Berubah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..banyak syukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan pada kita..daripada kita celik mata..sampai kita nak tidur...berapa banyak nikmat yang Allah s.w.t telah bagi...betul?.

Hari ini...kenapa kita harus muhasabah diri saya dan kita semua??
Kerana...Allah s.w.t menciptakan manusia yang hidup adalah untuk mati...yang mana kita semua akan mati..sama ada lambat atau cepat je...betul?.

Satu pengalaman saya yang mana rakan saya pada mulanya jauh dengan solat dan ingin mentaati perintah Allah s.w.t. Dulunya dia hanya melihat saya ke surau berhampiran rumahnya. Setiap kali berada di rumahnya untuk luangkan masa, alhamdulillah saya dapat menunaikan solat jemaah di surau.

Setiap kali waktu azan, saya akan ke surau berhampiran rumahnya. Saya hanya mengajak tetapi saya tak pasti berapa kali. Dalam hati saya turut berdoa agar beliau kembali kepada Allah s.w.t. Masa ke masa saya tidak berputus asa mengajak di samping terus berdoa jika teringat kepada beliau.

Alhamdulillah, zat Allah s.w.t yang maha hebat..beliau kembali kepada fitrah..untuk menunaikan solat, kerana memikirkan soal faktor usia yang semakin berusia dan memikirkan sampai bila nak jadi penentang Allah s.w.t.

Sepanjang perkenalan saya dengan beliau, saya hanya membuat hubungan yang baik dengan beliau, dengan menunjukkan contoh yang baik. Dengan harapan, asbab saya menunjukkan akhlak yang baik, beliau tertarik hati untuk berubah.

Bukan saya yang mengubah beliau. Tetapi Allah s.w.t lah yang mengubah beliau asbab dari pengorbanan susah payah orang lain dan doa orang lain untuk beliau berubah. Saya hanya rakan beliau yang berpura-pura baik sahaja dan belajar-belajar jadi baik.

Jadi alhamdulillah, beliau telah pun dilantik menjadi ajk surau, asbab kesungguhan beliau untuk berubah dan komitmen beliau kerap bersama jemaah surau.

Jadi kesimpulan saya nak bagitau tuan-tuan sekelian, marilah sama-sama kita usaha kan hidayat untuk tersebar kepada manusia lain. Kita baiki akhlak kita, terutamanya saya dan baiki amal kita dengan harapan Allah s.w.t menggunakan kita sebagai asbab hidayat tersebar.

"ya Allah, kau gunakan lah diri aku ini sebagai asbab hidayat tersebar seluruh alam..aamiin".

Waallahua'lam.

                                                           cantik lak view ni...kan? kan?



Rabu, 2 Januari 2019

Ujian Fitnah Yang Menimpa Kita. Bagaimana Untuk Mengatasinya?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat jugak Allah s.w.t memberi peluang kepada saya untuk terus menyambung coretan saya ini. Maklumlah, masa sangat terhad untuk saya terus menulis.

Apa yang saya nak sampaikan hari ini adalah mengenai ujian fitnah yang menimpa diri kita. Anda pernah di fitnah? Mesti pedih rasanya kan? . Saya turut mengalami nasib yang sama. Tidak kita menyangka, orang yang baik dengan kita sebenarnya menanam duri dalam daging kita.

Sedih hanya Allah s.w.t yang tahu.

Apa yang saya harapkan ialah, pertama kita kena ucap syukur. "Alhamdulillah ya Allah..kau memberi hadiah yang terbaik untuk diri ini..".

Ha...benda ni memang paling susah. Sebab?

Mana tak nya..baru lepas di timpa fitnah..sapa nak ingat sebut nama Allah kan?.

Banyak-banyak lah kita ingat Allah...dan yang kedua...kita berdoa.

YA, berdoa.

Doa adalah senjata ! . Kenapa doa? ini adalah yang nabi kita, Muhammad s.a.w ajarkan. kalau saya salah, tolong betulkan ea..hehe.

Dengan doa, inshaAllah kita dapat menarik rahmat Allah s.w.t.

Dengan doa, Allah s.w.t maha mengatahui bahawasanya, kita betul-betul berharap dan tawajuh dengan Allah s.w.t sahaja. 

"tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan diri ku memohon kepadamu ya Allah."

Kita nangis-nangis dalam doa kita. takpa, jangan malu. Dialah yang tempat kita mengadu,merintih...

rayu betul-betul dengan Allah, yang mana dalam doa saya, " Ya Allah..kau yang boleh menguatkan diri ku..kau yang bagi kuat ya Allah..kau yang bagi selesai fitnah ini ya Allah.." lebih kurang macam tu yer...

ha...syukur,doa, dan last sekali...zikir..

banyak2 kan berzikir dan beristighfar...

Semua ini untuk menguatkan diri kita dan mengampunkan dosa kita...jangan lah kita bersedih lama-lama ea.. :)

ok lah..nanti apa-apa nak share or nak tanya...boleh comment ea...

Assalamualaikum w.b.t
Powered By Blogger