Rabu, 23 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW Di Kamsis PPD 2011


Alhamdulillah pada baru-baru ini kita telah sama-sama menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW..
Bersyukur kepada Allah kerana Allah telah menyempurnakan sambutan hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad SAW pada sabtu yang lepas di Politeknik PPD
bertarikh 19.2.2011 yang mana semua pelajar muslim kamsis telah terlibat dalam perarakan.. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kita nikmat iman dan islam..Syukur lagi kepada Allah..kerana pengasihnya Allah SWT..Allah SWT telah bagi saya dan tuan-tuan menjadi umat nabi Muhammad SAW...syukur kepada Allah SWT kerana asbab nabi Muhammad SAW, kita umatnya akan mendapat syafaat dari nabi sendiri..beruntunglah kita kalau hendak dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.. 






Masa nie..kami semua berkumpul  terlebih dahulu..untuk memastikan semua menyertai perarakan ini...kemuadian barulah bergerak....muslimat turut menyertai perarakan pada hari tersebut...tapi xder gambar larr... ^_^





Muhaimin , Zulkarnain , Ridwan , Hadi
 

Sempat lagi begambar semasa menunggu nak berarak..hehe..Bersyukur lar..hari tersebut tidak hujan..dan tidak terlalu panas...semuanya berjalan dengan lancar..Alhamdulillah.. ^_^






Bermula lah berarak..Tengok lar..budak-budak ni..kat depan skali..hihihi..baju matching plak tu masing-masing..diaorang nie semuanya anak-anak warden dan anak-anak staf kat kamsis PPD ... 



                                 Ya Rasulullah..kami mencintaimu..




 Aktiviti selepas berarak, forum yang telah diadakan Pusat Islam PPD...seramai 3 orang ahli panel..memang bes tajuk-tajuk yang di bincangkan...




Kemeriahan sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut gembira oleh pelajar kamsis yang hadir..para warden juga turut hadir pada hari tersebut..



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
                                                                                Kami sambung perjuanganmu
     Walau kita tak pernah bersua
     Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela













Selepas solat zohor berjemaah barulah makan tengahari.. ^_^


          
Pada hari tersebut terdapat juga khemah jualan dari JPK seperti baju-baju kamsis pada sem-sem lepas dan juga buku-buku..


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan
2011 berakhir
Alhamdulillah



                                          






Selasa, 22 Februari 2011

Ceramah Malam Rabu di Pusat Islam PPD ~22.2.2010~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT memberi saya peluang untuk berkongsi ilmu kepada semua pada hari ini...Saya ingin berkongsi sedikit tentang kuliah maghrib yang saya hadiri semalam di pusat islam PPD...

Ceramah semalam sangat menarik minat saya kerana pengisian yang diberikan sepanjang tempoh ceramah berlangsung...Saya yang lemah ini hanya mampu memberi sedikit sahaja apa yang saya mampu kongsikan...InsyaAllah Allah SWT memberi manfaat kepada kita semua ^_^



Gambar ini menjadi perhatian semua muslimin dan muslimat yang hadir ke pusat islam...penceramah yang hadir menggunakan gambar ini sebagai wallpaper di laptop beliau..membuatkan semua tertarik dan saya sendiri menyangka pada mulanya tajuk ini akan diceramahkan..hehe

Penceramah menegaskan bahawa kita umat islam tidak seharusnya menyambut hari kekasih , kerana peristiwa disebalik perayaan hari kekasih ini berasal dari agama kristian itu sendiri dan kita umat islam tidak ada kan mengena dalam menyambut hari kekasih ini..14 feb setiap tahun..



Saya sendiri telah download video tentang 4 ciri membuatkan hati mati...saya upload video ini kerana
mendapat perhatian semua penghuni kamsis yang hadir semalam kerana video ini memberi mesej yang ringkas tetapi padat.. 
InsyaAllah kita sama-sama ambil iktibar dan sampai-sampaikan.. 

Alhamdulillah banyak manfaat yang saya dapat sepanjang kuliah semalam...penceramah sendiri sebagai lecture di PPD semalam banyak menyentuh bagaimana untuk menjadi muslim yang unggul dengan cara taat perintah Allah SWT...dengan mentaati perintah Allah kejayaan mendatang dalam diri seorang muslim..

InsyaAllah..

Isnin, 21 Februari 2011

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Kepada Makhluk Ciptaannya

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..


Alhamdulillah..Allah SWT telah bagi kita nikmat iman dan islam..Allah!!.
Allah SWT mengasihi kita 70 kali daripada ibu kita kasih dan sayang kepada kita..Allah.....
Allah SWT...sayang nye kepada kita...memberikan pelbagai nikmat...tanpa kita meminta kepadanya..Allah...

Hari ini..saya sendiri..dalam doa saya tak ada pon doa pada Allah..wahai Allah..bagilah hari ini aku dengan nikmat udara..Allah..lemahhnya iman saya...hari ini sayangnya Allah SWT kepada kita..Allah SWT memberi kita deria rasa apabila kita makan atau minum..Allah....sayangnya Allah SWT kepada kita...hari ini saya tidak ada berdoa kepada Allah..wahai Allah berikanlah penglihat yang berterusan kepada diriku..lemahnya saya tuan...hinanya saya..Allah maha hebat..


Dan apabila manusia ditimpa musibah, dia memohon pertolongan kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya. tetapi apabila diberi nikmat kepadaanya, dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sewkutu bagi Allah untuk menyesatkan manusiadari jalanNya.Katakanlah “Bersenang- bersenanglah kamu deengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu.Sungguh kamu termasuk penghuni neraka” Az-Zumar_8′







Sayangnya lagi Allah kepada kita..Allah SWT memberi kita bercakap..Allah maha besar!!...sayang lagi Allah kepada kita..Allah SWT memberi kita cakap kebesaran Allah SWT...hebatnya Allah tuan-tuan..
Allah sayang sangat dengan kita...tapi saya..saya hari ini banyak lupa Allah...doa lah untuk saya yang lemah lagi hina disisi Allah SWT...biarlah saya hina disisi manusia..

Sayangnya Allah SWT kepada kita...Allah SWT bagi lagi nikmat mata untuk melihat...Allah...hebatnya hadiah yang Allah SWT berikan..hanya Allah SWT yang dapat memberikan pemberian yang begitu hebat kepada kita...tanpa tanda Allah sayang akan ciptaannya..Allah SWT tidak akan memberikan pemberian yang sehebat ini..ada juga Allah menguji dengan tidak memberikan penglihatan..itu pun tanda Allah SWT sayang dengan kita..hebatnya Allah SWT...Tanda Allah SWT sayang kita lagi..Allah SWT bagi kita menangis mengenangkan dosa-dosa kita..Allah!!



Sayangnya Allah SWT kepada kita..Allah memberikan akal fikiran yang mampu mencipta besi yang boleh terbang..Allah memberikan akal fikiran yang mampu mencipta alat perhubungan jarak jauh..Allah memberikan manusia akal fikiran yang mampu melihat ciptaannya diluar daripada bumi...maha hebatnya Allah SWT dan maha pengasih nya Allah SWT kepada kita..



Sayangnya Allah SWT kepada kita tuan..Allah SWT bagi kita nikmat bergerak mengikut kemampuan kita..hati ini tuan..kalau kita hendak bermain bola..Allah SWT yang memberi nikmat berlari,menyepak bola,menanduk..tanpa kasih sayang Allah SWT kepada kita??tiadalah nikmat menjadi seorang islam yang ingin bermain bola..Allahuakhbar!!


Allah SWT sayang akan kita jika Allah bagi kita agama...Allah SWT sayang kita lagi..dengan izin Allah kita dapat amal agama..Allah SWT sayang kita lagi tuan..Allah SWT bagi cakap kebesaran Allah SWT dan Allah SWT gunakan kita dalam agama Allah SWT..InsyaAllah



Saya hamba Allah SWT belajar-belajar cakap kebesaran Allah..

Jawatankuasa Pelajar Kamsis PPD 2010

Asslamualaikum..
Saya menulis post ini kerana ingin  berkongsi pengalaman saya bersama rakan-rakan Jawatankuasa Pelajar Kamsis Politeknik Port Dickson 2010 ..pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila bersama-sama mereka..

Tujuan ekspidisi ini diadakan kerana untuk memupuk semangat berpasukan dan untuk mengenal antara satu sama lain..kerana kami dari kos yang lain..dan tempat asal yang berlainan tempat..
Aktiviti ini sedikit sebanyak memberi kami peluang memahami satu sama lain dan belajar menyelesaikan masalah berkumpulan..InsyaAllah




Hari ini bertarikh 6.1.2010...wow..nk pergi mendaki gunung ledang..memang hapening la masa nie..hehe
mana tak nyer..semua tak pernah naik gunung ledang..hehe..mse nie..bergambar kat politeknik..yang belakang tu, bas politeknik kite orang lah..huhu ^_^




Masa nie..bru sampai kt kaki Gunung Ledang dah..calling jap lah..coz dah nak panjat gunung dah..
(kat atas gunung nanti tak der line..^_^)


Sempat lagi bergambar...padahal kat belakang tu,tandas...kira smart la luar tandas nie..da dilukis karton panjat gunung..sebab tu nak bergambar..hehe
dari kiri:- muhaimin,izram,arip dan syukri(bertopi)

                
  Pendakian bermula pada 6.1.2010 jam 14.20ptg...wah..siap catat masa..huhu..misi kiteorang
panjat gunung ini adalah untuk membawa turun sampah sarap yang ada kt gunung nie..sebab dah banyak sangat pencemaran yang berlaku..men buang je sampah merata-rata..ishh..



kat sini lah tempat check point pertama...haa..ada yang tercungap dah masa nie..hehe..
nama check point pertama nie pon bukit semput..hehe ^_^
~syuk dan zul~



Dah sampai kat check point kedua dah pon..yang bernama Lagenda Trail..
nie semua akak-akak dan abang senior..haa..sebelum panjat gunung nie,ada taklimat dulu sebenarnya..emm..membawa misi mengambil gambar bunga besertakan nama saintifik..dihujung program ada perbentangan setiap kumpulan..



Ni Zul dengan izram..masa nie kat CP3 Batu Orkid..sepanjang pendakian nie..bekalan air memang penting..peh..letak asam dalam air yang saya bawak..dieorang pon wat jugak..lega rasa dapat num air..lenguh kaki pon aderr..hehe

~17.11 pm~
 perjalanan tetap diteruskan...tengok la muka semua..dah macam ape entah..haha..penat..lapa..lenguh..haha
  ~Zul,Atiq,Izram,Muhaimin~

                                                                         ~18.47 pm~
Akhirnya sampai ditempat penginapan..haha..keesokkan harinya,ekspidisi mendaki akan ditamatkan..
kat sini nampak berkabus kan..wah..rasa tenang jer..^_^



haha...penat..tapi enjoy..emm..lagi berapa meter je lagi nak sampai kat puncak gunung..malam nye,tdo kt sini dulu..

~7/1/2010 7.09 am~
selamat pagi..masak megi..mnum teh panas..hehe..makan jelah apa yang ada..nanti nak sambung perjalanan ke puncak..kiteorang dibekalkan jugak roti dan makanan ringan yang len..



macam kat luar negara pon ada..mana tak nyer..sejuk..malam tadi hujan kejap..basah sampai ke dalam khemah..aku dengan zul tdo bawah pokok..ada yang tak tidor..ada yang bersenam tengah-tengah malam pon ada..kesejukan punya pasal..aku pada malam tadi cari dapur masak tu..wat panas tangan..masak air teh..tak tahan sejuk..tapi alhamdulilla..semuanya ok..



 Masa nie..dah bersiap-siap pack barang..nak gerak meneruskan ekspidisi mendaki Gunung Ledang..menjejak puteri Gunung Ledang yang hilang...hahahaha...masa solat subuh hidayat jugak lah..dengan nak amik wuduk kene tahan dengan air gunung yang sejuk..menggigil..hehe


Dari kiri:- Muhaimin,syed,izzat,syukri


     
 bergambar dulu..sebelum meneruskan ekspidisi..kenangan hanya tinggal kenangan..cewahh..^_^




Hebatnya ciptaan Allah...Allah swt yang menciptakan semua makhluk di muka bumi ini..Allah swt yang memberi manfaat dan mudarat keatas ciptaannya..


Perjalanan diteruskan..semakin tinggi hendak ke puncak,kawasan semakin lembab..kat sini pokok-pokok nye yang sederhana tinggi dan kawasan lembab membuatkan saya lebih berhati-hati..banyka jugak tumbuh-tumbuhan yang menarik..



Dengan ada yang tak cukup tido semalam..penat pon tak hilang lagi..semangat tetap ada...senyummm..


Sepanjang pendakian ini..kami dikehendaki membawa setiap seorang penanda ketinggian yang diberi dalam bentuk paip yang telah dilabelkan..masing2 pegang jer..



Pandang Kiri...

Akhirnya kami selamat tiba di puncak Gunung Ledang..Alhamdulillah...tepat jam 10.00 kami sampai bertarikh 7/1/2010





Pandang Kanan....
Bergambar bersama en.Hafiz..




Inilah pemandangan dari atas puncak Gunung Ledang..Hebatnya ciptaan Allah swt..
Setelah itu,kami bergerak turun semula..dan bermalam ditempat chele


Menunggu saat pulang ke Politenik..
~Syed,Muhaimin,Zul~


Besnye dapat tido lena semalam..rini dapat balik dengan tenang..huhu
~abg aiman,abg Khalis dan zul~


Melompat dengan penuh harapan akan datang lagi pada masa hadapan..^_^
~8/1/2010 13.07pm~

 Ekspidisi Gunug Ledang
Berakhir
Alhamdulillah
Powered By Blogger