Sabtu, 30 Oktober 2010

Kemunculan Dajjal

Assalamualaikum....

saya nak kongsi apa yang telah saya baca....
harap kita dapat kongsi bersama...


Kita ternanti-nanti,Kita sering membayangkan..Kita sering mengatakan dajjal belum muncul,Yakjud Makjud belum terlepas dari tembok besi..

Hadis Rasullulah yang bercerita tentang dajjal, Al Quran yang menceritakan perihal Yakjud dan Makjud..

Kita dimaklumkan Sesiapa yang menghafal dan memahami Surah Al-Kahfi akan terlepas dari fitnah dajjal.. Bukankah tanda-tandanya sudah jelas kelihatan..Dunia diperintah bangsa yang zalim, Bangsa yang menindas, membunuh sana sini, Membohong penduduk dunia, membawa Yahudi ke tanah suci dan mengusir umat islam habis-habisan..

Orang-orang muslim ditindas, Orang-orang fasik dijulang,mengapakah masih ramai yang tidak menyedari, Sampai bila harus menanti. Makhluk bermata satu yang sering dibayangkan, Sampai bila harus menanti raksasa yang berbuat kerosakan melainkan manusia itu sendiri..Kita diperintah Bangsa Yakjud & Makjud,membunuh sana sini,melakukan kerosakan yang ketara di muka bumi,menentang Allah secara terang-terangan,Kita dipengaruhi jiwa kebendaan dan materialistik,Kita diperhamba oleh Dajjal yang kita sering tidak sedari kemunculannya..membinasakan..


Tidakkah kita sedar yang umat islam sedang menuju kepada kerosakan,kerosakan jiwa..Umat islam dijajah suatu ketika dahulu supaya mengikut sistem globalisasi yang mereka perkenalkan,Negara-negara islam diserang
,difitnah,Umat-umat islam dihalau,diusir dari tanah mereka sendiri..Umat Islam yang ditindas hanya mampu berdoa dan menitiskan air mata,Di zaman inilah zaman kerosakan yang dilakukan Yakjud&Makjud,Di zaman inilah Dajjal mengajar kita akhirat adalah dongengan,Di zaman inilah Yakjud&Makjud membunuh tanpa belas kasihan,menfitnah islam dengan hawa nafsu mereka,

Di zaman inilah dajjal mengajak manusia memperhambakan diri kita kepadanya..Menyangjung harta benda dan kedudukan..Tidakkah kita semua ketahui akan wujudnya Hari Pembalasan..

Mengapa manusia lupa dan hanyut dipengaruhi budaya barat yang memanipulasi jiwa..
Adakah kefasikan dan yang kita panggil kemodenan ini sebagai cara hidup yang kita impikan,sedangkan Al Quran dan As Sunnah telah menjadi panduan untuk umat manusia,Sehingga kita berani meletakkan agama ke tepi dan mengganggap cara pemerintahan baratlah yang perlu diikuti bagi memperoleh kejayaan,Kita tertanya-tanya mengapa barat sungguh berjaya dan kita terpancing untuk mengikuti jejak langkah mereka..Tidakkah kita sedari kejayaan bukan terletak pada kekayaan dan penindasan,Tetapi jiwa kita yang benar-benar beriman kepada ALLAH DAN rASULnYA


Umat islam sedang berperang,berperang melawan nafsu,berperang melawan segala pengaruh iblis yang mengalir di dalam dada..Sampai bila harus lenyap di dalam arus kemodenan yang terus terusan melalaikan,sampai bila harus terpenjara di dalam penjara yang mereka panggil kebebasan..Bukankah ISLAM diturunkan untuk memudahkan,tetapi mengapa kita memilih jalan lain untuk hidup di dunia..

Mengapa umat ISLAM menjadi lemah sedangkan suatu ketika dahulu,Golongan penyembah Allah amat hebat mengurusi dunia,memerintah dengan penuh keadilan dan kemakmuran,Zaman keemasan ini akan datang kembali,Zaman ini akan datang untuk menjemput muslim menyatakan keimanan..
Bersatulah wahai umat ISLAM,Bersatulah di bawah panji Lailahaillallah Muhammadun Rasullulah..sebelum ajal datang menjemputmu..Pada dari inilah,Pada saat inilah,Inilah Akhir Zaman,Hari yang kita sering tertunggu-tunggu sedangkan semuanya di depan mata..adakah kita semua telah buta..??Bangkitlah ISLAM,Bangkitlah kerana Allah,Teruskanlah perjuangan RasulNya..
Powered By Blogger